Saturday, March 8, 2014

Our Sad Day...

Hari nie hari yang agak lemau dan sungguh suram..

Bangun pagi dah dengar news yang tak best...

March 8th 2014 - marked with an episode of -

A MISSING FLIGHT (KL-Beijing) MH370. Is this for real?

Waiting..waiting and waiting...

Tak banyak update until now. Almost 24hrs. Almost whole day glued to the TV

I guess, I just have to pray hard. Semoga semua tabah. Esp family and friends that need to face this nightmare.. 

Few pictures/footages made me wanna cry. I am so devastated. 

Such a tragedy.

And I keep on thinking.. What if.. it's my family member..? My friend? How am I going to handle this? How am I going to stay positive, strong? Can I?

Sebak.

Oh Allah...
Please protect all of them..
Bring them home..
Safe.

Lets not stop praying..



Wednesday, March 5, 2014

Just a short update...

Hi,

Lamanya tak berceloteh kat sini.. Selalunya tak ada masa nak menulis.. Walaupun teringin nak tulis panjang... Tetap tak mampu...

Sekarang nie kat klinik kulit.. Tengah tunggu turn.. Laiqah kat skol and Safiyyah is in the car with Mok. So, that's why I have the time to write...

A lot has happen since the last time MM menulis. But Alhamdulillah semua okay. MM masih lagi duk adjust sana sini since ada Safiyyah. Not easy at all. But dengan bantuan Mok... Sangatlah membantu MM.

MM tak pernah tepek gambar Safiyyah lagi kat sini... InsyaAllah soon. Tapi kalau yg dah follow IG MM sure dah jemu dah tengok. Huhu...

Chup, korang pernah rasa congo bars tak? MM dah lama duk teringin nak makan.. Last2 dapat jugak.. Kalau ada yg tak pernah rasa and teringin nak makan yang sedap.. MM recommend korang follow IG thekitchenguardian and farrhanahizani. 

Nie rupa congo bars kalau tak pernah tengok.. Agak memanggilkan? MM makan lepas satu..satu.. This one from TKG/kak yani



Yang nie pulak dari Farhanah... Gambar nie MM amik dr IG Farhanah. MM tak sempat amik gambar sendiri.. Nie yang MM order last week... Yes, semua.. Tapi tidaklah MM makan semua... Huhu


Bab harga tanya diaorg yer... But sgt berbaloi dengan rasa yang sedap itu.. 

Lepas nie MM nak try buat sendiri.. Tapi lambat lagik lah.. Masak untuk Mok pun belum lagik.. Huhu...

Till then kengkawan... InsyaAllah mana yang terluang MM akan menyebuk lagik. 

Tuesday, December 31, 2013

My 2013

It has been bitter sweet.

2013 sangat2 mencabar buat MM dan sangat2 istimewa juga. Ini antara highlights mengharungi 2013.

1. Dhia Laiqah kami start hantar ke sekolah (playschool). Dengan niat, Laiqah dapatlah berkawan.

2. Sejak Dhia Laiqah start sekolah, we have been in and out of hospital. Selalu sangat demam. Kesian sangat. We as a parents rasa undecided, to pull her out from school... It's pretty unfair for her because she loves school-a lot and to let her continue.. We have to face the on and off demam etc. and finally.. Kami decided to do a lil both. Stop sekolah kejap, pastu sambung balik. Alhamdulillah cara macam tu berkesan.

3. Pengalaman gie hari sukan sekolah Laiqah. We are just proud parents. Tengok anak org lain nangis.. Laiqah relax jer. Enjoying her day :) 

4. MM pregnant. Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki Allah tapi mmg dah jangka apa yang akan berlaku. Keluar masuk hospital sbb morning sickness yang teruk. Mujur Laiqah dah besar sikit.. MM memang flat habis masa pregnant. Laiqah MM tak mampu nak jaga. Asyiklah terbaring atas katil dan keluar masuk toilet jer untuk muntah.

5. Bila masuk hosp kali ke-2 (sbb morning sickness), first time ever MM tak tido/separated dengan Laiqah. MM kena tinggal sorang kat hosp. Masa Laiqah nak balik umah ngan Mok, dahhhh MM menangis. Tengok Laiqah nangis.. Lagilah 'hujan' lebat. Huhu.. Time nie mmg rasa depress sgt2. (Syukur ada Mok yang duk bagi semangat dan sanggup buat semua kerja rumah since MM tak mampu dan syukur masih ada Umi dan juga adik MM Shafiq yang tolong jaga MM & Laiqah bila Mok kena pergi kerja)

6. Aft dah sihat sikit, kena gie holiday yang dah plan sebelum tahu pregnant. Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang makin baik tuk berjalan-jalan di Sydney & Melbourne. Such a great time. It's winter and its pretty cold tuk MM yang penyejuk. Walaupun extra penat sbb pregnant dan masih lagi dok loya2 nak muntah.. holiday kali nie tetap best. Siap dapat puasa few days kat Melbourne. 

7. A very not so happy moment.. Laiqah admitted due to influenza. It was a horrible experience sbb the first time ever tgk Laiqah demam teruk. Muntah2, mengigil dll. It was really bad sbb 5 hari jugak admitted. 

8. Dan akhirnya tiba masa menerima amanah Allah yang ke-2. Syukur dapat mengharungi labor pain :) Lebih rasa bersyukur bila dapat pegang baby yang dah berbulan 'main-main' dalam perut MM. Now there are 4 for us :D

9. Owh, I've said my goodbye kat rumah umi & abah. Rumah MM membesar dari darjah 1. Lebih bermakna sebab rumah tu jugak majlis akad nikah MM & Mok. My parents decided to sell the house and bought a house near my house. But for time being, the house is still in progress so they are living somewhere else but pretty near as well. So yeah, it sad to let go of the house but part of me.. I'm glad.

Okaylah, itu jerlah yang dapat MM ingat. Walau apapun... MM bersyukur dengan setiap satu yang Allah tetapkan. Banyak yang perlu MM belajar dari tahun 2013 untuk menjadi orang yang lebih baik.. Semoga Allah panjangkan umur untuk MM perbaiki diri dan terus 'berkhidmat' dan bersama keluarga...

Untuk yang membaca blog MM nie, maaf yer kalau ada salah kat mana2. Untuk kawan2 pun macam tu jugak. Wishing all of you the best in life. 

Assalamualaikum...


P/S: wayyyy too sleepy. Segala typo tu ignore jer kay. Baby dah sleep so I need to hurry and get some sleep as well. Night2.


Thursday, December 5, 2013

Laman Grill Steak & Bar-B-Que, Seksyen 13, Shah Alam...

Hallu....

Al-kisahnya semalam dah berjela tulis... tengok2 kat draft tak wujud dah... Stress jap mak buyong nie.. Huhu..

Apa2 pun nie MM nak sambung post semalam pasal bday dinner.. tapi sebelum tuh.. kasi update skit sal baby dalam perut nie.. Semalam checkup. 39 minggu dah... Alhamdulillah semua okay.. Check semalam baby dah posing cantik dan dah turun. Jadinya dalam keadaan standby nak ke hospital bila2 masa lah nie... 

Apa perasaan?? Semua pun ada.. :p 

So bday dinner MM kat mana? Mok bawak gie dinner kat Laman Grill Steak & Bar-B-Que kat Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam... Mmglah sangat dekatkan dengan rumah... 

Nie MM kasi posing dulu dengan Laiqah...



Yer, orang nak amik gambar.. ini pulak yang dia bagik.. Cehhh...


Sabar yer.. Nak tayang gambar makanan lah nie.. Tapi sebabkan kami di kira macam berdua jer.. So ini jerlah makanannya...


MM order tenderloin steak with black pepper sauce + stuffed potato + salad.


Apa komen MM... Tenderloin tu Alhamdulillah macam yang MM suka lah... Mintak well-done dapat well-done. Kalau gie chilis sampai kena hantar balik 2 kali nak dapatkan well-done. Which is pretty annoying.. But Alhamdulillah, here they did great!! Black pepper sauce dia pulak untuk MM yang tengah memboyot nie agak tajam.. Maybe because diaorg guna lada hitam Sarawak.. Jadi MM just makan sikit2 jer. The steak itself makan cenggitu pun dah sedap.

Salad tak capai tahap kesukaan MM. Tak se-fresh yang sepatutnya but bukanlah teruk sangat. MM memang ngada2 sikit when it comes to salad.. Nak dia very crunchy & this one tak berapa. Itu jer.. As the potato.. Okaylah.... 

Nie pulak Mok punya... Spaghetti Carbonara jer...


Mok is not a fan of pasta but sekali sekala dia orderlah jugak. Untuk yang ini, kata Mok... SEDAP! MM memang selalu was2 skit kalau Mok cakap sedap :p So nak puaskan hati.. MM rasalah. Yupe, memang sedap. Habis sepinggan Mok kerjakan... Huhu..

Nie gedik2 nak tayang air... Padahal teh tarik & rut bir jer pun.. Tapi sebab MM excited dengan buih2 so nak tepek jugak. Tapi teh tarik dia memang sedap... Even better dari sesetengah kedai mamak.



Baiklah... Selesai gambar makanan & minuman yang itu... MM nak sambung sikit jer lagi...

MM ingatkan itu saja.. Dah bersyukur dapat makan sedap... Tengah2 duk borak2 tetiba jer...

Diaorg pasang lagu birthday... Dalam hati dah macam, alamak... 

Pastu muncul lah abang2 waiter bawak benda alah nie.. Di waktu dan ketika ini... Jangan tanya MM punya muka panas macamana... dan macamana Mok duk tersengeh-sengeh sambil ketakutan rasanya.. Huhu.. Asal takut? Jap lagi citer..


Sesungguhnya Mok nie memanglah suka buat surprise tapikan... Mok tahu yang MM kalau surprise2 yang buat depan2 orang ramai memang tak berapa suka sangat. MM tak suka orang tengok2 tapi kali nie Mok beranikan diri buat jugak.. Akhirnya.. Tak kena marah pun. Hahaha.. Segan memang segan tapi I do appreciate apa yang dia buat... Memang ramai orang time tu tapi layankan ajer.. Kek tupun sedap. Hehehe...

Nie gambar diri sendiri posing :D


Huh, kalau ada yang nak buat surprise macam nie jugak.. Silalah plan masa buat reservation okay.

Untuk summary ikut MM punya selera/kesukaan:

Makanan : ★★★★
Service : ★★★★★
Harga : ★★★★
Location : ★★
(location dapat dua jer sebab, 1. pergi sana memang boleh makan jer.. nothing interesting kat Laman Seri tuh.. And 2. Parking.. Kalau malam memang mudah.. Working hours.. memang payah sikit)

Address: G33, Blok 5,
               Laman Seri Business Park,
               Persiaran Sukan,
               Seksyen 13,
               Shah Alam, Selangor.

Business Hour : 11am-11pm

Reservation : 03 - 5523 7386

Website : www.lamangrill.com

Kat website nie ada menu2 dia.. So bolehlah tengok2 mana yang berkenan di hati sebelum buat reservation or sebelum decide nak pergi..

Okaylah.. tu jerlah... MM happy dapat makan sedap yang Mok tolong bayarkan.. Hehehe.. Next time pergi boleh try benda lain pulak. Untuk kali nie sorry lah gambar teruk skit... lighting tak membantu :p

Anyway, thank you Mok for the wonderful bday dinner.. Walaupun nak dekat2 nak bersalin nie hari2 pun macam bday dinner. Sebab mintak apa pun dapat makan... :D






Wednesday, December 4, 2013

3 series...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah 4 hari join club 3 series. Syukur Allah panjangkan umur sampai hari nie...

Jujurnya memang rasa tua dah. Before cukup umur 30 pun mmg dah duk rasa macam tu. Bila dah masuk nie imagine sendirilah rasa tua tu macamana. Huhu...

Pastu sekarang nie dengan tengah membolat, tunggu masa nak jumpa jr no.2, mmg tak lah excited mana nak celebrate bday. Lagi excited nak jumpa jr. Tapikan, duk doa... Janganlah sama bday dengan mummy nya.. Sebab? Sebab sajer jer... Nanti tak dapat full 'attention' dari Mok. Kena share atenye.. Hehehe.. Dah tua & ngan anak pun nak tamak haloba kan? :p

Anyway, on my bday... Mok kerja. Kena gie PD... Mok ajak, tapi idok la MM nak duduk dalam kereta lama2 kan. Even duduk dalam kete 30min pun dah mencabar minda duk tahan sakit belakang.. Gie jauh2 sat gi ada yang menangis dalam kereta kang. Huhu...

So, apa aktiviti bday...? Sebab kan malas nak keluar dan kesian kat Laiqah... Maka MM rajinkan diri masak. Tapi masak simple.. 

Nie nasi goreng campak2. MM nak habiskan stok dalam fridge.. Tak nak membazir... Tapi mushroom kena letak sepenuh hati sbb Laiqah hantu mushroom.. Malas nak keluarkan ayam, guna sausage sudah...


Pastu aktiviti lain... Keluar dinner. Masa Mok tanya nak gie makan kat mana.. MM ada mention nak mkn buffet kat hotel.. Saja la nak sumbat segala jenis makanan. Tapi Mok kata tak payah dulu... Katanya gie makan dekat2 jerlah.. Bila cakap macam tu MM terus tahu mana dia nak bawak :D

5min jer dari rumah... Kat mana? Nantilah MM sambung.. Nie nak siap nak gie hospital... InsyaAllah last check up lah nieh... :D


p/s: 39weeks